Sep
30
Motivasi
Filed Under Dejavu Lagi | 2 Comments
Dalam hidup kita sentiasa memerlukan motivasi. Samada dari dalam diri sendiri mahupun dari sumber luar.
Mereka yang mampu memotivasikan diri sendiri adalah mereka yang selalu bermuhasabah tentang kelemahan mereka. Dan memikirkan jalan terbaik untuk mengatasi kelemahan itu. Manakala mereka yang kebiasaannya memerlukan sokongan dari sumber luar pula bukanlah tidak ada kemampuan diri, tetapi mungkin dorongan dari luar itu akan lebih meyakinkan mereka untuk menempuh cabaran hari-hari yang ekstrim.
Tetapi adalah lebih malang jika manusia itu tidak berusaha untuk memperbaiki diri sendiri, tidak langsung ingin bermuhasabah mencari kelemahan diri, dan tidak langsung memikirkan mengenai masa depan.
Ayuh!! Motivasikan diri anda.
p/s : Kene motivate diri sendiri supaya lebih rajin menulis blog lepas ini. Wuu..
- Qaiyum, Acer, Putrajaya
Sep
20
Aidilfitri
Filed Under Dejavu Lagi | 5 Comments
Salam Aidilfitri buat semua.
Sedang berada di Pahang.
Kekenyangan di Ruang Tamu.
Sambil Membaca Novel Faisal Tehrani Berjudul ‘Ketupat Cinta’. Dah lama membelinya semenjak darihal Pesta Buku Antarabangsa dahulu. Kini baru berkesempatan menelaahnya. Mengisahkan perihal falsafah makanan dan perihal kemasyarakatan zaman ini.
Banyak lagi rumah menanti kunjungan. Hmm..
- Qaiyum, Raub, 10.45 pm, Nokia 9300i
Sep
16
Letih
Filed Under Dejavu Lagi | Leave a Comment
Disamping kita berduka meniti hari-hari berakhirnya Ramadhan dan kemudian bergembira untuk menyambut kehadiran Aidilfitri, rupanya kita sedang melalui sebuah fasa yang meletihkan.
Kita akan merasa letih untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini, tetapi jika keimanan kita melebihi segala-galanya, dan keikhlasan hati melakukan ibadat adalah intipati usaha kita, maka semua ujian Ramadhan ini adalah sebuah kenikmatan buat kita.
Dan pastinya persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri juga bukan suatu tugas yang mudah. Segala kudrat perlu dikerah untuk memastikan segalanya tersedia seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun ekonomi sekarang tidaklah begitu memberangsangkan, tetapi demi niat untuk melihat kemeriahan berhari-raya bersama sanak-saudara dan sahabat-handai memberikan semangat untuk kita mengisi ruang agar tiada kekosongan yang wujud apabila menjelangnya Aidilfitri.
Dan saya juga hari ini merasakan inilah antara hari yang paling meletihkan. Dari pagi menghadiri mesyuarat, disamping membuat tugasan yang memerlukan banyak pergerakan, menguruskan itu dan ini, dan petang ini saya ada Majlis Berbuka Puasa yang sayalah sebagai Pengacara Majlisnya. Hihii.. Apapun inilah dugaan yang pastinya diambil dengan penuh tawadhu’.
Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatanNYA. InsyaALLAH.
- Qaiyum, Putrajaya
Sep
14
Roh Masih Panas
Filed Under Dejavu Lagi | 2 Comments
Setelah sekian lama tidak berkumpul sebagai sebuah pasukan, tadi kami mantan-mantan MPP UKM yang dah tua ganyut (kecuali aku yang masih kekal kiut) sempat berbuka puasa bersama-sama di Village View, Jalan Reko, Kajang.
Agak ramai juga yang berjaya dikumpulkan termasuk dengan kehadiran MPP berbangsa Cina. Tapi nampaknya tidak berapa lengkap untuk memberi tema 1 Malaysia pada perjumpaan kali ini kerana tiada wakil dari MPP berbangsa India.
Majlis berbuka puasa itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof Dato’ Dr Wahid Samsudin yang sudi turun ke majlis itu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau yang masih sudi menguatkan ukhwah sesama bekas pelajar sambil berkongsi cerita baru dan lama. Hampir tak percaya kerana beliau sudi untuk bersama-sama dengan bekas pelajar seperti kami ini yang masih berjiwa UKM. Cewah..
Terima kasih juga kepada para penganjur iaitu Cik Nurul Ili Saharudin Yang suggestkan perjumpaan Ini, Cik Rahmah Mokhtaruddin dan juga Mr Dain @ Daim yang telah berjaya mengumpul kehadiran yang agak ramai kali ini disamping juadah berbuka yang agak kenyang jugakla.
Terima kasih juga kepada yang sudi sponsor Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe. Sesungguhnya beliau memang kacak.
SERONOK!
- Qaiyum, Bandar Baru Bangi
Sep
13
Kebersihan
Filed Under Dejavu Lagi | 7 Comments
Islam menekankan agar umatnya sentiasa mementingkan kebersihan diri dan persekitaran.
Ada orang kata Kelantan antara negeri yang paling kotor walaupun mendapat jolokan Serambi Mekah. Yeke?
Mungkin perlu belajar daripada Indonesia semasa zaman Suharto yang melancarkan kempen besar-besaran menjaga kebersihan bandar kepada rakyatnya.
Tapi tak perlu untuk kita belajar sikap melenting mereka yang sering menimbulkan konfrontasi dengan Malaysia. Jangan sampai orang Melayu meruncingkan buluh lemang.
- Qaiyum, sedang membersihkan rumah di Kajang, SE P1i
Sep
11
Edisi Tak Kurus
Filed Under Dejavu Lagi | 3 Comments
Hai.. Pada saat² mengejar Malam Lailatul Qadar ni lah banyak jemputan-jemputan Majlis Berbuka Puasa. Kenapa tak buat awal² dulu. Time hujung² ni kita patut perbanyakkan ibadat patutnya..
Lagu-lagu Raya pun sekarang dah bermaharajalela sekarang ni di segenap ruang atmosfera di bumi Malaysia ini.. Mungkin juga telah menguasai negara-negara Islam yang lain. Tapi biasalah mentaliti Orang Melayu yang Raya mesti mau gempak dan mesti mahu lebih. Maka persiapan pun kenalah betul-betul bersedia. Sebab tulah waktu hujung-hujung ni ramai kurang turun Teraweh. Heh!
Apapun selamat meneruskan ibadah puasa & selamat mencari Lailatul Qadar..
- Qaiyum, Putrajaya
Sep
9
Seremban
Filed Under Dejavu Lagi | Leave a Comment
Sedang berada di Seremban untuk menyelesaikan beberapa perkara yang tidaklah begitu penting.
Tetapi penting jugakla untuk urusan menyambut Aidilfitri.
Suasana telah banyak berubah di sini. Terimbau kenangan semasa Darjah 6 & Tingkatan 1 di daerah ini.
Sebentar nanti jika ada kesempatan ingin melawat rumah tempat tinggal aku dahulu. Dan jika berkesempatan juga ingin solat di Masjid selalu aku Teraweh dahulu.
- Qaiyum, SE P1i, Seremban, 6:55 pm
Sep
9
Malam Penghayatan Ramadhan
Filed Under Dejavu Lagi | Leave a Comment
Alhamdulillah Sesi Tadarus Sebentar Tadi Telah Selesai.
Sebentar Nanti Saya Akan Lelap Sebentar Dan Akan Bangkit Untuk Sesi Qiamulail Tepat Pada Jam 4.00 am.
Dan Sesi Tadarus Akan Diteruskan Dari Subuh Hingga Esok Pagi. InsyaAllah.
Semoga Bulan Ramadhan Ini Kita Akan Sama-Sama Memperoleh Hidayah Dan Keberkatan Daripada Allah SWT.
p/s : Kisah Yang Terkandung Berkenaan Loh Mahfuz & Sidratul Muntaha Sangat Menarik Untuk Kita Dalami.
Sep
7
Nuzul Quran
Filed Under Dejavu Lagi | 2 Comments
Selamat Menyambut Nuzul Quran.
Sedang berada dalam sesi bersama Dr. Ridhuan Tee Abdullah.
- Qaiyum, SE P1i
Sep
7
Menulis Menggunakan Telefon Bimbit
Filed Under Dejavu Lagi | Leave a Comment
Cubaan.. Cubaan.. Entri ini ditulis menggunakan telefon bimbit SE P1i saya.
Jika anda boleh membaca ini maknanya tiada masalah untuk saya menulis blog walaupun tanpa duduk di hadapan laptop dengan sambungan internet.
Selamat Maju Jaya!!
Sep
6
Penyamar
Filed Under Dejavu Lagi | Leave a Comment
Siapa tu yang menyamar jadi aku di blog :
http://cursingmalay.blogspot.com/2009/09/prodiji-kanak-kanak-yang-handal-handal.html .
Laman maya ini adalah sebuah dunia yang besar. Macam² boleh jadi. Agaknya aku ni dah popular sangat kot sampai ramai yang nak memanipulasi identiti aku. Ishish. Samada si penyamar menyamar sebagai aku atas tujuan baik mahupun untuk tujuan buruk tidak dapat dipastikan.
Apapun semoga beliau tidak melakukan sesuatu di luar batas kerana budaya menyamar² di ruang maya ini bukanlah sesuatu yang kool. Bukankah lebih baik menjadi diri sendiri. Kenapa mahu takut atau kecut untuk memberikan komen mahupun pendapat menggunakan nama sendiri?
Hmm..
Sep
6
Baru
Filed Under Dejavu Lagi | 2 Comments
Kita boleh memulakan sesuatu yang baru di sini hari ini.
Macam biasa saya akan menggunakan laman blog ini untuk menyatakan isi hati naluri saya yang kecil ini dan pendapat-pendapat lahiriah yang lahir asas daripada natijah penghidupan seorang manusia.
‘Shh..’ Anda sebenarnya sedang berada di laman blog yang berstatus SULIT. Blog ini sebenarnya statusnya lebih SULIT dari Rahsia Kerajaan. Kira anda beruntunglah kerana telah berada di laman blog ini samada melalui terowong mana satu pun anda gunakan untuk sampai ke sini. Tahniah !!
Hehe. Ayuh kita mulakan sesuatu yang baru !
- Qaiyum, Bandar Baru Bangi