Sep
14
Roh Masih Panas
Filed Under Dejavu Lagi
Setelah sekian lama tidak berkumpul sebagai sebuah pasukan, tadi kami mantan-mantan MPP UKM yang dah tua ganyut (kecuali aku yang masih kekal kiut) sempat berbuka puasa bersama-sama di Village View, Jalan Reko, Kajang.
Agak ramai juga yang berjaya dikumpulkan termasuk dengan kehadiran MPP berbangsa Cina. Tapi nampaknya tidak berapa lengkap untuk memberi tema 1 Malaysia pada perjumpaan kali ini kerana tiada wakil dari MPP berbangsa India.
Majlis berbuka puasa itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni UKM, Prof Dato’ Dr Wahid Samsudin yang sudi turun ke majlis itu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau yang masih sudi menguatkan ukhwah sesama bekas pelajar sambil berkongsi cerita baru dan lama. Hampir tak percaya kerana beliau sudi untuk bersama-sama dengan bekas pelajar seperti kami ini yang masih berjiwa UKM. Cewah..
Terima kasih juga kepada para penganjur iaitu Cik Nurul Ili Saharudin Yang suggestkan perjumpaan Ini, Cik Rahmah Mokhtaruddin dan juga Mr Dain @ Daim yang telah berjaya mengumpul kehadiran yang agak ramai kali ini disamping juadah berbuka yang agak kenyang jugakla.
Terima kasih juga kepada yang sudi sponsor Kek Chocolate Indulgence Secret Recipe. Sesungguhnya beliau memang kacak.
SERONOK!
- Qaiyum, Bandar Baru Bangi
Comments
2 Responses to “Roh Masih Panas”
Leave a Reply
sesungguhnya terima kasih kepada semua kerana sudi menghadirkan diri ke majlis yang tidak seberapa grand ni..cikai je..tp apa yang penting meriah kan,kan? tq to rahmah dan dain@daim jugak coz sgt bersemangat menjaya program ni..lain kali kita buat lagi ek???? hehehehe
ps: terima kasih kepada abg kacak yg sumbang kek yg sedap lagi enak tu~~
Ape Yang Penting?? Kerjesamee~~
Jomla Lepas Ni Plan Program Pelancongan PLak. Barula Lagi Thrill. Kang Memasing Dah Kawen Kang Dah Tak Dapat Menikmati Zaman Bujang. HOhoho..