Letih

Filed Under Dejavu Lagi 

Disamping kita berduka meniti hari-hari berakhirnya Ramadhan dan kemudian bergembira untuk menyambut kehadiran Aidilfitri, rupanya kita sedang melalui sebuah fasa yang meletihkan.

Kita akan merasa letih untuk menghabiskan sisa-sisa Ramadhan ini, tetapi jika keimanan kita melebihi segala-galanya, dan keikhlasan hati melakukan ibadat adalah intipati usaha kita, maka semua ujian Ramadhan ini adalah sebuah kenikmatan buat kita.

Dan pastinya persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri juga bukan suatu tugas yang mudah. Segala kudrat perlu dikerah untuk memastikan segalanya tersedia seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun ekonomi sekarang tidaklah begitu memberangsangkan, tetapi demi niat untuk melihat kemeriahan berhari-raya bersama sanak-saudara dan sahabat-handai memberikan semangat untuk kita mengisi ruang agar tiada kekosongan yang wujud apabila menjelangnya Aidilfitri.

Dan saya juga hari ini merasakan inilah antara hari yang paling meletihkan. Dari pagi menghadiri mesyuarat, disamping membuat tugasan yang memerlukan banyak pergerakan, menguruskan itu dan ini, dan petang ini saya ada Majlis Berbuka Puasa yang sayalah sebagai Pengacara Majlisnya. Hihii.. Apapun inilah dugaan yang pastinya diambil dengan penuh tawadhu’.

Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatanNYA. InsyaALLAH.

- Qaiyum, Putrajaya

Comments

Leave a Reply