Oct
26
Kejora
Filed Under Dejavu Lagi
“Dirimu Persis Bintang Terbit Dari Timur.. Bukanlah Mimpi-Mimpiku..”
Search - Kejoraku Bersatu
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan KEJORA? Ramai yang terkeliru walaupun kata nama ini agak biasa didengari tetapi tidak dapat mengenalpasti apakah yang tersembunyi di dalam makna sebenarnya.
Ada yang beranggapan bahawa ianya adalah sejenis BUNGA. Atau mungkinkah sebenarnya mereka terkeliru dengan BUNGA KEMBOJA? Ya adik-adik. Kita ada BUNGA KEMBOJA ye bukannya BUNGA KEJORA. Spesis tu belum wujud lagi di muka bumi ini. Maka kepada saintis² tumbuhan, jika terjumpa spesis bunga baru, silalah namakannya KEJORA ye.
Jadi apakejadahnye KEJORA ni sebenarnya?
KEJORA mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud :
kejora; bintang ~ planet yang nampak (terbit) pada waktu subuh, bintang barat, bintang timur, zuhrah.
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat (Dikemaskinikan) :
Zuhrah k.n. Venus; the second planet from the sun.
Maka dengan ini terungkailah sudah misteri yang tersembunyi di sebalik makna Kejora itu. Tetapi masih timbul persoalan di dalam lirik tersebut iaitu apakah yang dimaksudkan dengan Kejora Bersatu? Bagaimanakah kejora itu mampu bersatu dengan entiti lain selainnya? Apakah mediumnya bersatu? Jika ada sesiapa yang boleh merungkainya silalah berkongsi sesama kita ye.
Wassalam.
Comments
2 Responses to “Kejora”
Leave a Reply
yer..thankz for the information dear~ =P hehe
suke laaa tu..tape..marina akan jadi 1st chemist yg akan jumpe bunge spesis kejora nt.. =)wish me luck!
Oo Yeah? Chemist Ke Yang Keje Carik² Spesies Baru Bunge Nie? Bukan Ahli Veterinar Ke? Huhu.. Ok. Gud Luck Dear. Jangan Cari Kat Blakang Ibu Zain Tu Pulak Tau. Situ Banyak Antu.. Hehe..